CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Senin, 08 April 2013


sifat wanita yang sholeha dan jadi idaman pria

Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki merasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mau bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru menunjukkan sikap keibuan. Setiap wanita pasti ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Apa sajakah sifat-sifat Wanita yg jadi idaman Pria?
  1. Keanak-anakkan
  2. Dalam batas yang wajar, sifat kekanak-kanakan seorang wanita menjadi daya tarik di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletahan anda. Tetapi tentulah bukan sifat kekanak-kanakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap kekanak-kanakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.....
  3. Penuh Pengertian
  4. Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.....
  5. Menghargai
  6. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeda dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....
  7. Menjaga Penampilan
  8. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesehatan tubuh badan walau sudah beranak 3. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
  9. Pandai berbicara
  10. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berdiskusi/ngobrol. Walau topik pembahasan yang disukai pria berbeda dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman ngobrol yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tau menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada obrolan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai bercanda serta dapat menerima canda'an lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
  11. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
  12. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata pria. Wanita tersebut tau menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kaku/malu.
  13. Menghormati Diri Sendiri
  14. Pria suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang pria terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan menjaga harga dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan pria memperlakukan dirinya sesuka hati.
  15. Simpati dan prihatin
  16. Pria suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayang pada anak-anak dan tidak pandang bulu {pilih kasih}. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan di dalam dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
Isteri yang solehah adalah isteri yang mau menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri, itu yg diartikan orang sebagai teman hidup. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain adalah :
  • Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
  • Bersikap malu terhadap suami.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

0 komentar:

Posting Komentar